KESALAHAN 1
ditempatkan pada
SEBAB KESALAHAN
Kata sendi nama “pada hanya digunakan untuk menyatakan masa. Jadi, untuk menunjukkan tempat, kata sendi nama “di” harus digunakan.
PEMBETULAN
ditempatkan di
KESALAHAN 2
di dalam mengharungi
SEBAB KESALAHAN
Kesalahan penggunaan kata sendi nama “di dalam”. Kata sendi nama “di dalam” hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak bukan unsur mujarad.PEMBETULANdalam mengharungi
KESALAHAN 3
mengkagumkan
SEBAB KESALAHAN
“mengkagumkan” terhasil melalui proses pengimbuhan apitan meN-…-kan dengan kata dasar “kagum”. Dalam bahasa Melayu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s mengalami proses pengimbuhan apitan meN-…-kan atau awalan meN-…, maka huruf awal pada kata dasar hendaklah digugurkan.
PEMBETULAN
mengagumkan
KESALAHAN 4
Bintang-bintang berkerdipan
SEBAB KESALAHAN
“berkerdipan” terhasil daripada proses pengimbuhan dengan apitan “ber-…-an” yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak. Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan
PEMBETULAN
bintang berkerdipan
KESALAHAN 5
adalah mereka
SEBAB KESALAHAN
Kesalahan penggunaan kata pemeri “adalah”. Kata pemeri “adalah” hanya boleh digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama.
PEMBETULAN
ialah mereka
KESALAHAN 6
rindukan keluarga
SEBAB KESALAHAN
“Rindu” ialah kata adjektif yang memberi pengertian konsep perasaan. Setiap kata adjektif yang berbentuk demikian hendaklah diikuti oleh kata sendi nama “akan”.
PEMBETULAN
rindu akan keluarga
KESALAHAN 7
kerana tinggal sebumbung
SEBAB KESALAHAN
“Kerana tinggal” ialah klausa keterangan. Subjek dalam ayat tersebut tidak dimasukkan
PEMBETULAN
kerana mereka tinggal
KESALAHAN 8
latarbelakang
SEBAB KESALAHAN
“latar belakang” merupakan kata majmuk tidak mantap yang mesti dieja terpisah
PEMBETULAN
latar belakang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan