Jin adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t yang dicipta daripada api yang panas. Menurut Ustaz Hanafiah, bahagian pucuk nyalaan api yang berwarna kebiruan dan samar itulah bahagian api yang Allah ciptakan jin. Jin ada pelbagai jenis ada yang islam dan kafir.
Apa yang aku nak cerita ialah tentang saka. Saka merupakan sejenis jin yang dipanggil qarim. Setiap anak adam yang lahir, akan lahir juga qarim bersamanya dan rupanya adalah sama dengan manusia yang didampinginya itu. Keadaan jin qarim ini pula bergantung pada tahap takwa seseorang. Jika kita selalu buat maksiat dan meninggalkan syariat islam maka keadaan qarim kita adalah gemuk dan sihat. Begitulah sebaliknya jika kita beriman dan banyak melakukan kebaikan maka kurus pula qarim itu. Bagaimana kita ingin tahu kehadiran qarim?.. qarim ini berfungsi untuk menimbulkan perasaan negatif dalam diri kita. Apabila kita bersangka buruk pada seseorang, itulah qarim.
Baiklah, seterusnya kita lihat pula bagaimana qarim menjadi saka,.. Ini adalah persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Saka terjadi apabila manusia mengikat kontrak dengan qarim. Pada masa dahulu datuk moyang kita sering menggunakan jin untuk menolong mereka mengerjakan sawah atau menjaga tanaman mereka. Sebagai balasan jin akan meminta upah seperti darah tuannya. Jin ini akan ikat kontrak dengan manusia selama tujuh keturunan iaitu selama 700 tahun. Selama itulah anak cucu tuan saka itu akan digangu ole saka ini. Saka ini perlu mempunyai tuan.
Oleh demikian kita perlu mempunyai iman yang kuat untuk menentang saka ini. Amalkan sunnah nabi iaitu membaca tiga qul sebelum tidur. Sebagai pendinding, baca ayat qursi pada setiap penjuru dan hembuskan pada tujuh penjuru iaitu kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah dan yang ke tujuh hembuskan pada tapak tangan kemudian sapukan pada muka dan sedut. In sha Allah kita amalkan bersama...
Dengan izin Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan