Ini adalah Travelog aku ke Jakarta & Bandung 4D3N... Perjalanan bermula pada 29 mei dari airport Tawau ke lcct denfan airasia. Disebabkan flight ke Jakarta hari esok jadi kami bermalam di Tunehotel. Biliknya sempit hingga aku terpaksa solat atas katil, nasib tilam agak keras kalau tidak tergolek ke bawah.
Rombongan seramai 20 0rang, semua warga skfh kecuali 5 orang yg menumpang. Sampao di aiport kami di sambut oleh pak asep, dia adalah supir yg akn membawa kami ke tempat menarik dan shopping. First, kami lapar setelah sejam setengah perjalanan. Kami di bawa ke rrstoran yg agak luas mcm dewan. Kami cuba masakan sunda yg agak menyelerakan.
 |
Geng lelaki guru skfh..
Dari Jakarta kami di bawa ke Bandung dengan menaiki bas pariswata (persiaran). Perjalanannya 3 jam, di Jakarta sangat macet (jem), penduduk di bandar ini sahaja 40 juta, seluruh Indonesia 240 juta. Sepnjang perjalanan sejuk mata memandang saujana sawah yg menghijau. Mereka yg bekerja di sawah pendapatannya sehari dalam 30,000 rupiah lebih kurang rm10 sahaja. Kami ,menginap di hotel v 88. |
 |
Bersama Pak Asep ketua rombongan kami..
Esoknya jam 8 pagi, kami di bawa ke Tangkubang Perahu, iaitu tempat gunung berapi yang kawahnya masih lagi aktif. Sampai di kaki gunung penjual jalanan akan mengikuti kita untuk jual barang. Untuk ke puncak kawah kena menaiki van mini ramai2.. cara driver bawa van sangat bahaya, dengan jalannya yg selekoh tajam. Cuaca di sini agak sejuk dan nyaman. Puncaknya kuat bau belerang. |
 |
| Ini adalah kawah ibu di Tangkubang Perahu,. |
 |
| Cuaca di sini agak sejuk.. |
 |
| Penyanyi jalanan akan masuk bas dan buat persembahan |
 |
| Inilah hasil selama 4 hari di Bandung & Jakarta |
 |
| Cuba dahulu makanan sunda |
 |
| Ini pula makanan paadang.. |
 |
| Masakan minang.. |
 |
| Depan hotel V88 terbaikkk.. |
 |
| Makan saje,.. tetap air suam bagus untuk kesihatan |
 |
| Duit banyak lagi nie, banyakla barang kena angkat nie |
 |
| Kasut dari jalan riau, rumah mode |
 |
| Makan di restoran airport jakarta, makan nasi uduk dengan air jeruk kelapa (limau + kelapa).. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan