Piala Emas Raja-Raja (PERR) telah bermula November 2012 yang lalu. Selaku penyokong Terengganu rasa gembira tak dinafikan kerana telah melangkah ke separuh akhir ke 2. Bermula dari peringkat kumpulan yang terdiri daripada kelantan, perlis dan pdrm aku tak pernah ketinggalan untuk ke stadium untuk beri sokongan. Begitu juga apabila terengganu melayan perlis dalam aksi persahabatan yang berkesudahan Trg menang 4 - 0. Dalam perlawanan ini aksi pemain import baru effa owana (stopa) dan Vincent Bikana tak mengecewakan. seorang pemain india aku x ingt namanya, sering diberi sorakkan apabila dia buat overlap.. laju mcm lipas hehe.. nampaknya boleh ganti s.kunalan..
kembali kepada PERR terengganu akan melayan Kedah di SSINS dalam aksi separuh akhir ke 2 pada 15 hb setelah seri 0-0 pada perlawanan pertama di kedah hari tu. Sekiranya menang akan menentang selangor atau perak untuk menentukan juara PERR 2012. Nampaknya org rumah aku pun semangat mahu pergi stadium kali nie. Kalau bawa dia tak bolehla aku cari tempat duduk tinggi2 sebab kesian nanti hidu asapa rokok tak henti2. Tak boleh ke jika stadium nie dijadikan kawasan larangan merokok.
PETEH GANU PETEH!!!!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan