Jumaat, 16 Ogos 2013

ANUGERAH DARINYA...

Kehadiran cahaya mata adalah pengukuh ikatan hubungan suami isteri. Setelah lebih 7 tahun menanti, mengharap, berdoa dan bersujud di subuh hari meminta dariNya, akhirnya doa kami dimakbulkan juga. Pada hari ini doktor telah mengesahkan isteriku telah hamil 8 minggu ( 2 bulan). Kesyukuran yang tak terhingga kami panjatkan kepadaNya atas kurniaan yang tidak ternilai ini. Semoga anak kami ini sihat di dalam perut ibunya dan menjadi hamba yang bertaqwa dan patuh pada ajaran Allah s.w.t apabila telah dewasa nanti.

Benarlah janji Allah, "siapa yang bersyukur Aku akan tambah nikmatnya, dan siapa yang kufur azabKu amatlah pedih".. Syukur atas segala nikmat dan kurniaanNya pada aku ini. Semoga Allah beri kekuatan untuk aku menjaga isteri dan anak kami ini dengan baik sehingga selamat dilahirkan nanti. Tarikh due yang diberikan oleh doktor ialah pada 20 mac 2014. Walau bagaimanapun, segalanya masih awal dan paling utama sekarang anak kami dalam keadaan sihat dan baik. Subhanallah.. walhamdulillah.. walailla hailalallah.. wallahuakbar..

Selasa, 11 Jun 2013

Kesalahan Tatabahasa 1

KESALAHAN 1
ditempatkan pada

SEBAB KESALAHAN
Kata sendi nama “pada hanya digunakan untuk menyatakan masa. Jadi, untuk menunjukkan tempat, kata sendi nama “di” harus digunakan.

PEMBETULAN
ditempatkan di

KESALAHAN 2
di dalam mengharungi

SEBAB KESALAHAN
Kesalahan penggunaan kata sendi nama “di dalam”. Kata sendi nama “di dalam” hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak bukan unsur mujarad.PEMBETULANdalam mengharungi

KESALAHAN 3
mengkagumkan

SEBAB KESALAHAN
“mengkagumkan” terhasil melalui proses pengimbuhan apitan meN-…-kan dengan kata dasar “kagum”. Dalam bahasa Melayu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s mengalami proses pengimbuhan apitan meN-…-kan atau awalan meN-…, maka huruf awal pada kata dasar hendaklah digugurkan.

PEMBETULAN
mengagumkan

KESALAHAN 4
Bintang-bintang berkerdipan

SEBAB KESALAHAN
“berkerdipan” terhasil daripada proses pengimbuhan dengan apitan “ber-…-an” yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak. Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan

PEMBETULAN
bintang berkerdipan

KESALAHAN 5
adalah mereka

SEBAB KESALAHAN
Kesalahan penggunaan kata pemeri “adalah”. Kata pemeri “adalah” hanya boleh digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama.

PEMBETULAN
ialah mereka

KESALAHAN 6
rindukan keluarga

SEBAB KESALAHAN
“Rindu” ialah kata adjektif yang memberi pengertian konsep perasaan. Setiap kata adjektif yang berbentuk demikian hendaklah diikuti oleh kata sendi nama “akan”.

PEMBETULAN
rindu akan keluarga

KESALAHAN 7
kerana tinggal sebumbung

SEBAB KESALAHAN
“Kerana tinggal” ialah klausa keterangan. Subjek dalam ayat tersebut tidak dimasukkan

PEMBETULAN
kerana mereka tinggal

KESALAHAN 8
latarbelakang

SEBAB KESALAHAN
“latar belakang” merupakan kata majmuk tidak mantap yang mesti dieja terpisah

PEMBETULAN
latar belakang


Sabtu, 8 Jun 2013

Jin Saka

Jin adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t yang dicipta daripada api yang panas. Menurut Ustaz Hanafiah, bahagian pucuk nyalaan api yang berwarna kebiruan dan samar itulah bahagian api yang Allah ciptakan jin. Jin ada pelbagai jenis ada yang islam dan kafir.

Apa yang aku nak cerita ialah tentang saka. Saka merupakan sejenis jin yang dipanggil qarim. Setiap anak adam yang lahir, akan lahir juga qarim bersamanya dan rupanya adalah sama dengan manusia yang didampinginya itu. Keadaan jin qarim ini pula bergantung pada tahap takwa seseorang. Jika kita selalu buat maksiat dan meninggalkan syariat islam    maka keadaan qarim kita adalah gemuk dan sihat. Begitulah sebaliknya jika kita beriman dan banyak melakukan kebaikan maka kurus pula qarim itu. Bagaimana kita ingin tahu kehadiran qarim?.. qarim ini berfungsi untuk menimbulkan perasaan negatif dalam diri kita. Apabila kita bersangka buruk pada seseorang, itulah qarim.

Baiklah, seterusnya kita lihat pula bagaimana qarim menjadi saka,.. Ini adalah persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Saka terjadi apabila manusia mengikat kontrak dengan qarim. Pada masa dahulu datuk moyang kita sering menggunakan jin untuk menolong mereka mengerjakan sawah atau menjaga tanaman mereka. Sebagai balasan jin akan meminta upah seperti darah tuannya. Jin ini akan ikat kontrak dengan manusia selama tujuh keturunan iaitu selama 700 tahun. Selama itulah anak cucu tuan saka itu akan digangu ole saka ini. Saka ini perlu mempunyai tuan.

Oleh demikian kita perlu mempunyai iman yang kuat untuk menentang saka ini. Amalkan sunnah nabi iaitu membaca tiga qul sebelum tidur. Sebagai pendinding, baca ayat qursi pada setiap penjuru dan hembuskan pada tujuh penjuru iaitu kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah dan yang ke tujuh hembuskan pada tapak tangan kemudian sapukan pada muka dan sedut. In sha Allah kita amalkan bersama...

Dengan izin Allah..

Jumaat, 7 Jun 2013

Keputusan Eg-Tukar

Sampai sekarang keputusan pindah belum keluar lagi. Apa yang aku dengar, KPM tunda keputusan pindah kerana ingin aturkan sekali dengan penempatan guru2 baru. Maknanya keputusan akan keluar selepas cuti. Aku dengar juga surat akan keluar pada 10 jun dan keputusan online pada 16 jun nanti. Ramai yang harap dapat pindah, hanya yang brtuah sahajalah yang dapat..
Ini sudah kali keempat permohonan pindah aku. Harap2 kali ini rezeki memihak pada aku dan isteri.

Rabu, 5 Jun 2013

Catatan ke Bandung

Ini adalah Travelog aku ke Jakarta & Bandung 4D3N...      Perjalanan bermula pada 29 mei dari airport Tawau ke lcct denfan airasia. Disebabkan flight ke Jakarta hari esok jadi kami bermalam di Tunehotel. Biliknya sempit hingga aku terpaksa solat atas katil, nasib tilam agak keras kalau tidak tergolek ke bawah.
   Rombongan seramai 20 0rang, semua warga skfh kecuali 5 orang yg menumpang. Sampao di aiport kami di sambut oleh pak asep, dia adalah supir yg akn membawa kami ke tempat menarik dan shopping. First, kami lapar setelah sejam setengah perjalanan. Kami di bawa ke rrstoran yg agak luas mcm dewan. Kami cuba masakan sunda yg agak menyelerakan.
Geng lelaki guru skfh..
Dari Jakarta kami di bawa ke Bandung dengan menaiki bas pariswata  (persiaran). Perjalanannya 3 jam, di Jakarta sangat macet (jem), penduduk di bandar ini sahaja 40 juta, seluruh Indonesia 240 juta. Sepnjang perjalanan sejuk mata memandang saujana sawah yg menghijau. Mereka yg bekerja di sawah pendapatannya sehari dalam 30,000 rupiah lebih kurang rm10 sahaja. Kami ,menginap di hotel v 88.
Bersama Pak Asep ketua rombongan kami..
Esoknya jam 8 pagi, kami di bawa ke Tangkubang Perahu, iaitu tempat gunung berapi yang kawahnya masih lagi aktif. Sampai di kaki gunung penjual jalanan akan mengikuti kita untuk jual barang. Untuk ke puncak kawah kena menaiki van mini ramai2.. cara driver bawa van sangat bahaya, dengan jalannya yg selekoh tajam. Cuaca di sini agak sejuk dan nyaman. Puncaknya kuat bau belerang.
Ini adalah kawah ibu di Tangkubang Perahu,.
Cuaca di sini agak sejuk..
Penyanyi jalanan akan masuk bas dan buat persembahan
Inilah hasil selama 4 hari di Bandung & Jakarta
 
Cuba dahulu makanan sunda


Ini pula makanan paadang..

Masakan minang..

Depan hotel V88 terbaikkk..

Makan saje,.. tetap air suam bagus untuk kesihatan

Duit banyak lagi nie, banyakla barang kena angkat nie

Kasut dari jalan riau, rumah mode

Makan di restoran airport jakarta, makan nasi uduk dengan air jeruk kelapa (limau +  kelapa)..

Selasa, 28 Mei 2013

Suku akhir kedua piala fa 2013 terengganu vs kelantan

Perlawanan masih berlangsung dalam masa tambahan kedua. Trgg bermain dengan 9 pemain setelah effa dan manaf dilayangkan kad merah oleh pengadil yang bagi aku sangat tidak adil. Walupunbermain dgn kehilngan 2 pemain, namun asemangat yg masih tinggal digunakan sebaiknya untukbertahan. Situasi semakin memuncak untuk mengetahui siapakah yg akan ke perlawanan akhir.

Bushhhhh,.... hancur harapan angkara pengadil. Namun, walaupun ketinggalan agregat 4-0 akhirnya hanya satu gol yang memisahkan Trgg untuk ke akhir Piala FA 2013. Tunggu Piala Malaysia pula selepas nie. Tahniah kepada para pemain yang berjuang bermati-matian dalam perlawanan yang berat sebelah ini.

Isnin, 27 Mei 2013

Sambutan Hari Guru 2013 SKFH

Pelajar Tahun 6 akan medudki UPSR tidak lama lagi

Jamuan ringan di kelas 5 Arif