Selamat datang ke Blog aku, bukan rajin tapi untuk kongsi pengalaman dan pendapat bersama.
Rabu, 12 Disember 2012
Rumah Pertama Ku
Rumah ini aku beli dengan harga Rm207k menggunakan gov loan Deposit tiada tapi peguam kena bayar sendiri la mana ada yang free sekarang nie, mahu Rm6 ribu lebih kos peguam nie. Rumah nie jenis semi D sebelahnya Cikgu juga macam aku, tapi tak kenal lagi sebab belum jumpa. Bezanya dia mengajar kat situ aku kat Sabah adoiiiii sayangnya mahu tinggal rumah.
Sebenarnya aku was-was nak beli rumah nie sebab agak jauh dengan kampung aku, tapi setelah buat solat istiqarah aku bulatkan hati untuk membelinya. Mana lagi mahu cari Semi D yang harga Rm 200k ke bawah sekarang. Tak rugi beli rumah sebab harganya akan terus naik sekurangnya 10% setahun.
PETEH RUMAH PETEH!!!!
Piala Emas Raja-Raja 2012: Terengganu
kembali kepada PERR terengganu akan melayan Kedah di SSINS dalam aksi separuh akhir ke 2 pada 15 hb setelah seri 0-0 pada perlawanan pertama di kedah hari tu. Sekiranya menang akan menentang selangor atau perak untuk menentukan juara PERR 2012. Nampaknya org rumah aku pun semangat mahu pergi stadium kali nie. Kalau bawa dia tak bolehla aku cari tempat duduk tinggi2 sebab kesian nanti hidu asapa rokok tak henti2. Tak boleh ke jika stadium nie dijadikan kawasan larangan merokok.
PETEH GANU PETEH!!!!
Khamis, 15 November 2012
Mat yo rm 6 juta
Hari ini anuar musa cakap bukan 1 tapi rm 6 juta... segala jasa mat yo selama ini ibarat angin yg berlalu. Mungkin lot tanah yang dijanjikan kepada pemain kelantan hasil kemenangan 3 piala juga tak akan diterimanya. Sekiranya terjadi begitu, maka samalah anuar dgn mat yo iaitu tidak menepati janji.
Rabu, 14 November 2012
Kasut takraw (terengganu)
Semalam aku cari kasut takraw di sekitar bandar KT, aku cari jenama nanyang yg dr thailand. Tapi puas aku survey kat kedai2 apek jln bangol mmg tak ada. Yang ada rejam pro, harga boleh tahan juga asut nie rm38.00 tapi kalau yang tapak merah murah sikit dalam rm34.00.
Sabtu, 28 April 2012
servic aircond
Air aircond asyik keluar mllui bawah dashboard.. aduhai dah pergi svc , nasib x mahal sangat




