KESALAHAN 1
ditempatkan pada
SEBAB KESALAHAN
Kata sendi nama “pada hanya digunakan untuk menyatakan masa. Jadi, untuk menunjukkan tempat, kata sendi nama “di” harus digunakan.
PEMBETULAN
ditempatkan di
KESALAHAN 2
di dalam mengharungi
SEBAB KESALAHAN
Kesalahan penggunaan kata sendi nama “di dalam”. Kata sendi nama “di dalam” hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak bukan unsur mujarad.PEMBETULANdalam mengharungi
KESALAHAN 3
mengkagumkan
SEBAB KESALAHAN
“mengkagumkan” terhasil melalui proses pengimbuhan apitan meN-…-kan dengan kata dasar “kagum”. Dalam bahasa Melayu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s mengalami proses pengimbuhan apitan meN-…-kan atau awalan meN-…, maka huruf awal pada kata dasar hendaklah digugurkan.
PEMBETULAN
mengagumkan
KESALAHAN 4
Bintang-bintang berkerdipan
SEBAB KESALAHAN
“berkerdipan” terhasil daripada proses pengimbuhan dengan apitan “ber-…-an” yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak. Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan
PEMBETULAN
bintang berkerdipan
KESALAHAN 5
adalah mereka
SEBAB KESALAHAN
Kesalahan penggunaan kata pemeri “adalah”. Kata pemeri “adalah” hanya boleh digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama.
PEMBETULAN
ialah mereka
KESALAHAN 6
rindukan keluarga
SEBAB KESALAHAN
“Rindu” ialah kata adjektif yang memberi pengertian konsep perasaan. Setiap kata adjektif yang berbentuk demikian hendaklah diikuti oleh kata sendi nama “akan”.
PEMBETULAN
rindu akan keluarga
KESALAHAN 7
kerana tinggal sebumbung
SEBAB KESALAHAN
“Kerana tinggal” ialah klausa keterangan. Subjek dalam ayat tersebut tidak dimasukkan
PEMBETULAN
kerana mereka tinggal
KESALAHAN 8
latarbelakang
SEBAB KESALAHAN
“latar belakang” merupakan kata majmuk tidak mantap yang mesti dieja terpisah
PEMBETULAN
latar belakang
Selamat datang ke Blog aku, bukan rajin tapi untuk kongsi pengalaman dan pendapat bersama.
Selasa, 11 Jun 2013
Sabtu, 8 Jun 2013
Jin Saka
Jin adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t yang dicipta daripada api yang panas. Menurut Ustaz Hanafiah, bahagian pucuk nyalaan api yang berwarna kebiruan dan samar itulah bahagian api yang Allah ciptakan jin. Jin ada pelbagai jenis ada yang islam dan kafir.
Apa yang aku nak cerita ialah tentang saka. Saka merupakan sejenis jin yang dipanggil qarim. Setiap anak adam yang lahir, akan lahir juga qarim bersamanya dan rupanya adalah sama dengan manusia yang didampinginya itu. Keadaan jin qarim ini pula bergantung pada tahap takwa seseorang. Jika kita selalu buat maksiat dan meninggalkan syariat islam maka keadaan qarim kita adalah gemuk dan sihat. Begitulah sebaliknya jika kita beriman dan banyak melakukan kebaikan maka kurus pula qarim itu. Bagaimana kita ingin tahu kehadiran qarim?.. qarim ini berfungsi untuk menimbulkan perasaan negatif dalam diri kita. Apabila kita bersangka buruk pada seseorang, itulah qarim.
Baiklah, seterusnya kita lihat pula bagaimana qarim menjadi saka,.. Ini adalah persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Saka terjadi apabila manusia mengikat kontrak dengan qarim. Pada masa dahulu datuk moyang kita sering menggunakan jin untuk menolong mereka mengerjakan sawah atau menjaga tanaman mereka. Sebagai balasan jin akan meminta upah seperti darah tuannya. Jin ini akan ikat kontrak dengan manusia selama tujuh keturunan iaitu selama 700 tahun. Selama itulah anak cucu tuan saka itu akan digangu ole saka ini. Saka ini perlu mempunyai tuan.
Oleh demikian kita perlu mempunyai iman yang kuat untuk menentang saka ini. Amalkan sunnah nabi iaitu membaca tiga qul sebelum tidur. Sebagai pendinding, baca ayat qursi pada setiap penjuru dan hembuskan pada tujuh penjuru iaitu kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah dan yang ke tujuh hembuskan pada tapak tangan kemudian sapukan pada muka dan sedut. In sha Allah kita amalkan bersama...
Dengan izin Allah..

Jumaat, 7 Jun 2013
Keputusan Eg-Tukar
Sampai sekarang keputusan pindah belum keluar lagi. Apa yang aku dengar, KPM tunda keputusan pindah kerana ingin aturkan sekali dengan penempatan guru2 baru. Maknanya keputusan akan keluar selepas cuti. Aku dengar juga surat akan keluar pada 10 jun dan keputusan online pada 16 jun nanti. Ramai yang harap dapat pindah, hanya yang brtuah sahajalah yang dapat..
Ini sudah kali keempat permohonan pindah aku. Harap2 kali ini rezeki memihak pada aku dan isteri.
Ini sudah kali keempat permohonan pindah aku. Harap2 kali ini rezeki memihak pada aku dan isteri.
Rabu, 5 Jun 2013
Catatan ke Bandung
Ini adalah Travelog aku ke Jakarta & Bandung 4D3N... Perjalanan bermula pada 29 mei dari airport Tawau ke lcct denfan airasia. Disebabkan flight ke Jakarta hari esok jadi kami bermalam di Tunehotel. Biliknya sempit hingga aku terpaksa solat atas katil, nasib tilam agak keras kalau tidak tergolek ke bawah.
Rombongan seramai 20 0rang, semua warga skfh kecuali 5 orang yg menumpang. Sampao di aiport kami di sambut oleh pak asep, dia adalah supir yg akn membawa kami ke tempat menarik dan shopping. First, kami lapar setelah sejam setengah perjalanan. Kami di bawa ke rrstoran yg agak luas mcm dewan. Kami cuba masakan sunda yg agak menyelerakan.

| Ini adalah kawah ibu di Tangkubang Perahu,. |
| Cuaca di sini agak sejuk.. |
| Penyanyi jalanan akan masuk bas dan buat persembahan |
| Inilah hasil selama 4 hari di Bandung & Jakarta |
![]() |
| Cuba dahulu makanan sunda |
![]() |
| Ini pula makanan paadang.. |
![]() |
| Masakan minang.. |
![]() |
| Depan hotel V88 terbaikkk.. |
![]() |
| Makan saje,.. tetap air suam bagus untuk kesihatan |
![]() |
| Duit banyak lagi nie, banyakla barang kena angkat nie |
![]() |
| Kasut dari jalan riau, rumah mode |
![]() |
| Makan di restoran airport jakarta, makan nasi uduk dengan air jeruk kelapa (limau + kelapa).. |
Langgan:
Catatan (Atom)